Saturday, February 13, 2010

~Bisikan Hidayah Untuk Seorang Model~...Renungkanlah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Hari nie, Imm nak citer skit sebuah kisah...Same-samelah kite renungkan...

Hidayah merupakan nikmat yang paling agung. Tidak semua orang dapat merasakan nikmat hidayah yang mampu membuat insan yang menerimanya menitiskan ari mata dan merasakan bahawa hidupnya kini telah lengkap...Bukan sedih bukan sayu dan bukan bersyukur, satu perasaan yang sukar diungkapkan. Insan yang paling memahami hakikat ini ialah saudara baru, baru memeluk Islam. Mereka menerima Islam dengan hati lapang, bukan Islam kerana keturunan.

Sara Bokker merupakan seorang model, pelakon dan pelatih fitness (kesihatan). Hidupnya dilimpahi kemewahan dan glamor.

Waktu itu, hidupnya tertumpu pada menjaga penampilan dirinya agar tampak menarik di mata khalayak ramai. Akibatnya, dia menjadi hamba kepada keinginan untuk sentiasa kelihatan menarik hingga meragut kebahagiaan sendiri. Akhirnya, Sara Brokker berasa bahawa hidupnya hanyalah satu rutin yang membosankan dan tidak bermakna. Dunia glamornya tidak menjanjikan ketenangan. Ada lompang dalam hatinya yang belom terisi. Ekoran daripada itu, dia mengalihkan aktiviti seharian daripada berpesta dan minum minuman beralkohol kepada aktiviti kemasyarakatan dan mempelajari pelbagai agama. Pengembaraannya dalam mempelajari pelbagai agama memberikan sedikit ketenangan buatnya, namun dia masih mencari satu agama yang konkrit, tersusun dan indah.

Bagaimana Sara mengenal Islam? Ia bermula apabila ramai rakyat Amerika menganggap bahawa Islam adalah agama pengganas terutamanya selepas peristiwa pengeboman World Trade Centre (WTC). Di sebalik tanggapan negatif yang bercambah tentang Islam, Sara menemui hidayah daripada Allah s.w.t. Ini bermula apabila Sara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengenal Islam yang membawanya menemui sebuah Al-Quran. Sara kemudiannya berusaha membaca terjemahannya.

"Isi kandungan Al-Quran sangat menyentuh hati dan jiwa saya yang paling dalam, tanpa perlu saya menafsir dan bertanya orang yang mengetahui," terang Sara.

Akhirnya, dengan lafaz syahadah, Sara Brokker kini merupakan seorang Muslimah yang komited.

Sebaik memeluk Islam, Sara terus menukar penampilannya secara holistik. Semalam beliau melalui kawasan perumahannya dengan berpakaian menjolok mata dan elegan, hari ini Sara melalui jalan yang sama dengan berbusana Muslimah. Bukan itu sahaja, menurut Sara, dia merasakan dirinya benar-benar seorang wanita dengan berbusana Muslimah dan dia juga bebas kerana tidak perlu berbelanja besar menghias diri.

Sebulan setelah memeluk Islam, Sara mengahwini seorang lelaki soleh yang dapat membimbingnya ke jalan yang lurus. Sara bukan sahaja berbusana lengkap sebagai Muslimah, sebaliknya Sara juga memakai niqab walaupun tahu pemakaian niqab bukan wajib. Sara telah menemui jalan hidupnya.

Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa jua yang dikehendaki-Nya.

Imm=)Semoga kite semua dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini...Insya Allah...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

No comments:

Post a Comment