Thursday, August 19, 2010

Bulan Ramadhan-Ayuh!!! Berubahlah...



Bulan Ramadhan
Bulan Yang Berkat
Bulan Rahmat dan
Bulan Utama
Pahala Digandakan
Doa Diterima
Bulan Lailatul Qadar
Yang Istimewa

Isilah Bulan Ini
Banyakkan Amalan
Beribadah Malam
Siang Berpuasa
Banyakkanlah Sedekah
Jangan Dikira
Moga Ia Menjadi
Penebus Dosa...

Membaca Al-Quran
Jangan Dilupakan
Zikir dan Tasbih
Elok Disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan
Bermacam Cara
Agar Ramadhan
Tidak Sia-Sia...

Hindarkanlah Dosa di
Setiap Anggota
Kalau Boleh
Dosa Hati Jua
Kerna Dosa Itu
Merosakkan Pahala
Agar Kita Tidak
Mensiakan Ramadhan

Isilah Ramadhan
Dengan Sebaiknya
Kerna Ia Datang
Setahun Sekali
Tahun Hadapan
Belum Tentu Jumpa
Kerna Kita Mati
Bila-Bila Masa

Friday, February 26, 2010

...Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Sebelum Imm memulakan cerita, terlebih dahulu, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada Imm untuk hidup di dunia yang fana ini..

Imm ade satu cerite yang nk diberitahu...hehehe...Pade hari selasa,23 Feb, Imm telah mendapat hadiah sebanyak RM 80.00 tunai...

Betape terkejutnyer Imm pagi tu...mula-mula gi kat bilik ustaz,ade kerje skit...pastu, adela sorang ustaz nie,die kata..." siape-siape yang pernah memasuki JHEAT tahun lepas, sila tuntut hadiah ngan ustaz..." Imm pon apelagi, pegi la tengok senarai name tu...cek-cek name x de...sedih...huhuhu...pastu, adela sorang kawan ni...die kata" Fatimah, ni name awak adela...dapat markah paling tinngila...96%...cube tgk nie"...mule-mule, rase mcm xpercaya,tapi..dengan izin Allah, ianya benar-benar berlaku...Alhamdulillah...
Pastu, Imm pon gi la kat ustaz...ustaz pon suruh sign dulu...pastu, ustaz pon bagi duit yang berjumlah RM 70.00...Banyaknyer...Alhamdulillah...

Malam tu...dalam kol 11.30 malam, ustaz datang kat aspuri, die kate nak bagi hadiah lagi...agaknyer aper ek??
ruper-rupernyer, ustaz nak bagi lagi hadiah,tapi,kali nie untuk orang yang berpindah juzuk...die dah tampal name kat papan kenyataan, name yang ade, tuntut duit kat ustaz...Imm pon apelagi, pegi la tengok kat papan kenyataan tu...Alhamdulillah...dapat lagi RM10.00...so, secare keseluruhan, Imm dapat RM80.00...Syukur,Alhamdulillah...

Imm=)Insya Allah...JHEAT untuk tahun nie,Imm nak masok...manelah tau,ade rezeki dapat no.1 lagi...hehehe...Amin...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

~12 Rabiul Awal...26 Februari~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang masih lagi memberi peluang kepada hamba-Mu ini...
Sebagai mana yang kite tahu, hari ini merupakan Maulid Ar-Rasul S.A.W...di kesempatan ini, marilah sama-sama kite memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Muhammad S.A.W.
Imm ade sedikit hadiah dan hadiah ini imm nk semua pengunjung-pengunjung RnR imm bace k...

sedikt nasyid dalam bahasa arab n bahasa melayu...

Tersentak...
Dari lamunan bergema alununan irama...
Tersentuh hati mendengarnya...
Kalimah suci memuji Ilahi...

'Laailaha Illallah...Laailaha Illallah...Laailaha Illallah...Muhammad Rasulullah'

Solatullah...
Salamullah...
'Ala Thoha...
Rasulillah...

Solatullah...

Solatullahi salamullah 'ala thoha rasulillah 2x
Solatullahi salamullah 'ala yasin habibillah 2x

'Ala yasin habibillah...

Allahumma Solli'ala Saiyyidina Almusthofa
Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmaiin

Sekian sahaja dari Imm...semoga kite semua mendapat syafaat daripada nabi junjungan kite nabi Muhammad S.A.W....Insya Allah...

Sekian sahaja...Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Thursday, February 25, 2010

...Happy Belated Birthday For Me n You...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Syukur ke Hadrat Ilahi, Dengan Limpah Dan Kurnia-Nya dapat Imm mengupdatekan sedikit perasaan yang tersimpan di hati ini...Alhamdulillah, pada tanggal 27 Februari 2010, bersamaan 13 Rabiul Awal 1431 Hijrah...cukup 14 tahun Imm dilahirkan ke dunia ini & cukup 7 tahun Umar(adik) bernafas di muka bumi Allah ini...

Dengan kesempatan ini, suka rasanya Imm menceritakan sedikit peristiwa yang berlaku pada 27 Februari 2010 yang lalu...Waktu itu, Imm masih berada di asrama...Dalam hati, terasa sedikit kekecewaan kerana selama ini, Imm menyambutnya bersama Umar tetapi, tahun ini, Imm terpakse menyambutnyer sendirian di asrama...

Dalam kekecewaan, terubat dengan hanye 3 patah perkataan yang disebut rakan2 sedarjah...Selamat Hari Jadi!!!...Betape gembiranya hati ini, sehinggakan apabila disebut sahaja perkataan tersebut, hanya ucapan trime kaseh sahaja yg dapat Imm luahkan...Semoga Allah merahmati kalian semua...Amin...

"Ade skit hadiah buat Kak Imm"...kata salah seorang Form 1 yang sebilik ngan Imm...Imm pOn tanyer die..."hadiah ape??"...die pOn cakap..."hari niekan hari jadi Kak Imm"...Imm pOn balas,"Oh!! aah...hari nie birthday kak Imm"...tanpe pengetahuanku, adik yang Imm panggil die dgn panggilan Nasuha & Najwa, telah mmbuat perncangan untuk memberi hadiah kepade Imm...Syukur, Alhamdulillah...kerane, masih ade orang lagi yang mengambil berat tentangku...
Semoga kalian mendapat hadiah pembalasan dari Allah S.W.T...Amin...

Imm=) Minta maaf, Imm xsempat nak pamerkan hadiah yg Imm n Umar dapat...ade kesulitan
sedikit...Insya Allah, gambar2 akan diupdate kemudian...=)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Sunday, February 14, 2010

~Insya Allah...Jumpa Lagi~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Insya Allah, sebentar lagi Imm sekeluarga akan bertolak ke Kuala Terengganu...di kesempatan ini, Imm ingin mengucapkan trime kaseh kepada semua pengunjung yang sudi menziarahi RnR ini, sebagai tande penghargaan, Imm nak citer satu citer yang boleh dikatakan best jugak la..hehehe...mempersembahkan=)

Seorang lelaki muda pergi menemui seorang ahli hikmah." Tuan, ajarkan saya ilmu hikmah," pintanya.
"Kau benar-benar inginkannya?" tanya ahli hikmah.
"Ya, tuan."
"Kamu sedia diuji?"
"Sedia," jawabnya tanpa ragu.
"Baiklah bawa setempayan air ke hadapanku," pinta ahli hikmah.
Setempayan air segera dihadapkan di hadapan ahli hikmah oleh lelaki muda itu.
"Mari ke sini. Jengukkan kepalamu ke muka tempayan ini."
Lelaki muda itu pun merapatkan kepalanya ke mulut tempayan.
Tiba-tiba ahli hikmah itu menekan dan menenggelamkan kepala lelaki itu ke dalam air.
Dia meronta-ronta kelemasan.
Apabila nampak tidak berdaya, barulah kepalanya dilepaskan.
Sebaik menghirup udara, ahli hikmah terus bertanya,"Apa yang kamu inginkan?"
"Saya inginkan ilmu".
Mendengar jawapan itu, sekali lagi kepala lelaki itu dibenamkan ke dalam air.
Sekali lagi pemuda itu kelemasan.Kali ini lebih teruk dari sebelumnya.
Setelah hampir lemas, baru dilepaskan lantas soalan yang sama diajukan.
"Apa yang kamu inginkan?"
"Saya inginkan ilmu!"jawab lelaki muda itu.
Kali ini dengan keadaan lebih tidak berdaya.
Mendengar jawapan yang sama,ahli hikmah itu membenamkan sekali lagi kepala lelaki itu ke dalam air.Kali ini lebih lama.
Lelaki itu meronta-ronta.Kali ini jauh lebih hebat dahsyat dirasakannya.
Setelah hampir nyawa-nyawa ikan, barulah kepalanya dilepaskan.
"Apa yang kamu inginkan?"
"Udara,udara,udara!"katanya hampir kehilangan suara.
"Sekarang, kamu telah bersedia untuk belajar hikmah daripadaku. Jika kamu inginkan udara, barulah kamu layak mendapatnya!"

Pengajarannya: Keghairahan yang tinggi terhadap ilmu akan menjadikan seseorang itu ghairah untuk untuk belajar.

Imm=)Harap-harap,kisah ini terhibur...buat Hanis...jangan cakap apa-apa tau...ana tau nty dah baca..

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Saturday, February 13, 2010

~Bisikan Hidayah Untuk Seorang Model~...Renungkanlah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Hari nie, Imm nak citer skit sebuah kisah...Same-samelah kite renungkan...

Hidayah merupakan nikmat yang paling agung. Tidak semua orang dapat merasakan nikmat hidayah yang mampu membuat insan yang menerimanya menitiskan ari mata dan merasakan bahawa hidupnya kini telah lengkap...Bukan sedih bukan sayu dan bukan bersyukur, satu perasaan yang sukar diungkapkan. Insan yang paling memahami hakikat ini ialah saudara baru, baru memeluk Islam. Mereka menerima Islam dengan hati lapang, bukan Islam kerana keturunan.

Sara Bokker merupakan seorang model, pelakon dan pelatih fitness (kesihatan). Hidupnya dilimpahi kemewahan dan glamor.

Waktu itu, hidupnya tertumpu pada menjaga penampilan dirinya agar tampak menarik di mata khalayak ramai. Akibatnya, dia menjadi hamba kepada keinginan untuk sentiasa kelihatan menarik hingga meragut kebahagiaan sendiri. Akhirnya, Sara Brokker berasa bahawa hidupnya hanyalah satu rutin yang membosankan dan tidak bermakna. Dunia glamornya tidak menjanjikan ketenangan. Ada lompang dalam hatinya yang belom terisi. Ekoran daripada itu, dia mengalihkan aktiviti seharian daripada berpesta dan minum minuman beralkohol kepada aktiviti kemasyarakatan dan mempelajari pelbagai agama. Pengembaraannya dalam mempelajari pelbagai agama memberikan sedikit ketenangan buatnya, namun dia masih mencari satu agama yang konkrit, tersusun dan indah.

Bagaimana Sara mengenal Islam? Ia bermula apabila ramai rakyat Amerika menganggap bahawa Islam adalah agama pengganas terutamanya selepas peristiwa pengeboman World Trade Centre (WTC). Di sebalik tanggapan negatif yang bercambah tentang Islam, Sara menemui hidayah daripada Allah s.w.t. Ini bermula apabila Sara mempunyai keinginan yang kuat untuk mengenal Islam yang membawanya menemui sebuah Al-Quran. Sara kemudiannya berusaha membaca terjemahannya.

"Isi kandungan Al-Quran sangat menyentuh hati dan jiwa saya yang paling dalam, tanpa perlu saya menafsir dan bertanya orang yang mengetahui," terang Sara.

Akhirnya, dengan lafaz syahadah, Sara Brokker kini merupakan seorang Muslimah yang komited.

Sebaik memeluk Islam, Sara terus menukar penampilannya secara holistik. Semalam beliau melalui kawasan perumahannya dengan berpakaian menjolok mata dan elegan, hari ini Sara melalui jalan yang sama dengan berbusana Muslimah. Bukan itu sahaja, menurut Sara, dia merasakan dirinya benar-benar seorang wanita dengan berbusana Muslimah dan dia juga bebas kerana tidak perlu berbelanja besar menghias diri.

Sebulan setelah memeluk Islam, Sara mengahwini seorang lelaki soleh yang dapat membimbingnya ke jalan yang lurus. Sara bukan sahaja berbusana lengkap sebagai Muslimah, sebaliknya Sara juga memakai niqab walaupun tahu pemakaian niqab bukan wajib. Sara telah menemui jalan hidupnya.

Maha Suci Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa jua yang dikehendaki-Nya.

Imm=)Semoga kite semua dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini...Insya Allah...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Sunday, January 3, 2010

~Semoga ALLAH Merahmatimu~

Bismillahirrahim...
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Alhamdulillah...Hari nie genap 4 Januari 2010...Hari ini adalah hari yang paling bersejarah bagi UMMI Imm...Pada hari inilah beliau dilahirkan...Syukur Alhamdulillah...Walaupun Imm tak dapat bersama-sama beliau,tetapi,Allah memudahkan jalan...memberi Imm peluang menulis sedikit cacatan buat yang tersayang...Ummi,Imm minta maaf...Ini saje Imm yang Imm boleh bagi kat Ummi...Hari nie Imm puasa...Untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan umur Ummi...Semoga Ummi sentiasa dirahmati Allah...Amin...nie ada sedikit nasyid buat Ummi yang Tercinta:-

ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN UMMI...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...

Imm =)Klah umi,Imm bersyukur sangat dapat tuliskan nasyid nie untuk umi...nie semua atas belas kasihan cikgu-cikgu...Cikgu Mawati kirim salam...

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...